Sunday, April 8, 2007

RUJUKAN


RUJUKAN

http://www.mayoclinic.com/health/alzheimer/A99999

http://www.adfm.org.my

http://www.pikiran-rakyat.com/cetak/0104/03/hikmah/lainnya08.htm

Suzana Mohd Hoesni. Tingkahlaku Manusia dan Persekitaran Sosial. Bangi: UKM

Santrock, J.W (2005). Life-span Development. Edisi ke-9. Boston: McGraw Hill.

ISU-ISU SEMASA


ISU-ISU SEMASA

Petikan Sosial Penyakit Alzheimer

http://www.mayoclinic.com/health/alzheimers/A99999


Utusan Online

http://www.utusan.com.my

Kesihatan Optimum Wanita Menopause
Kesihatan optimum wanita menopause. Oleh: DR. SUDHA KUMARI. Menjadi wanita kadang-kadang memang mencabar kerana kita terpaksa melalui akil baligh, fasa pembiakan dan akhirnya menopaus, yang berlaku secara semula jadi dalam lingkungan umur 47 hingga 51 tahun.Ia adalah satu istilah yang diguna untuk menyatakannya.
31/12/2006

Saturday, April 7, 2007

JAWAPAN


JAWAPAN

OBJEKTIF

1. B
2. A
3. A
4. B
5. B
6. B
7. A
8 A
9. B
10. A
11. A
12. A
13. B
14. A
15. A
16. B
17. A
18. B
19. B
20. B
21. A

SUBJEKTIF

1. Penyakit yang sering dihadapi oleh golongan dewasa akhir ialah penyakit kencing manis, strok, penyakit jantung, Alzheimer dan darah tinggi.

2. Penyakit Alzheimer ialah merupakan sejenis penyakit otak yang secara perlahan menyebabkan individu tersebut hilang intelek, memori dan kesedaran serta kebolehan untuk mengawal funsi badannya.

3. Faktor-faktor yang mempengaruhi proses penuaan ialah amalan pemakanan, tekanan, genetik dan persekitaran.

4. Presbyopia ialah rabun jauh yang berkaitan dengan penuaan yang disebabkan oleh kanta mata yang kurang elastik.


5. Kepintaran cecair ialah kebolehan untuk menyelesaikan masalah yang memerlukan sedikit pengetahuan atau tanpa menggunakan pengetahuan

SOALAN SUBJEKTIF

SUBJEKTIF

1. Terangkan beberapa pentakit yang sering dihadapi oleh golongan dewasa akhir ?

2. Apakah makna penyakit Alzheimer ?

3. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi proses penuaan ?

4. Apakah makna presbyopia ?

5. Apakah maksud kepintaran cecair ?

SOALAN OBJEKTIF

SOALAN-SOALAN

OBJEKTIF


1. Prebyopia dan Myopia adalah pemyakit yang berkaitan dengan
a. Pendengaran
b. Penglihatan

2. Faktor-faktor yang mempengaruhi proses penuaan ialah
a. Faktor keturunan
b. Kemahiran psikomotor

3. Alzheimer adalah penyakit yang akan menyebabkan seseorang itu mengalami
a. Memori dan kesedaran berkurangan
b. Rasa kekosongan dalam hidup

4. Adakah Teori Stress menerangkan tentang proses penuaan ?
a. Betul
b. Salah

5. Dalam zaman dewasa akhir terdapat perubahan yang drastik iaitu bekerja keras dan suka bersaing.
a. Betul
b. Salah

6. Bidang psikologi yang berkaitan dengan lanjut usia ialah
a. Biologi
b. Geranotologi

7. Penyakit rabun jauh yang berkaitan dengan proses penuaan?
a. Presbyopia
b. Prebycusis

8. Sejenis penyakit otak yang menyebabkan seseorang hilang memori dan kesedaran?
a. Alzheimer
b. Strok

9. Perkembangan dewasa akhir bermula dari umur
a. 60 tahun
b. 65 tahun

10. Perubahan fizikal dalam golongan dewasa pertengahan berpunca daripada
a. Proses penuaan
b. Alam sekeliling

11. Apakah itu Myopia?
a. Rabun dekat
b. Rabun jauh

12. Apakah itu Prebycusis?
a. Kehilangan pendengaran
b. Kehilangan penglihatan

13. Menopause berlaku kepada
a. Lelaki
b. Perempuan

14. Andropause adalah kekurangan hormone
a. Testosterone
b. Estrogen

15. Apakah nama lain bagi proses penuaan?
a. Senescence
b. Pneumonia

16. Apakah umur yang dikategorikan sebagai orang tua-tua?
a. 65-74 tahun
b. 75 tahun ke atas

17. Apakah simptom akhir penyakit Alzheimer?
a. Senang marah
b. Suka senyum

18. Adakah pesakit Alzheimer boleh menguruskan hal sendiri?
a. Ya
b. Tidak


19. Kebolehan untuk mengingat dan menggunakan maklumat yang didapati dalam sepanjang hidup ialah
a. Kepintaran cecair
b. Kepintaran Kristal

20. Bilakah manusia dikategorikan dalam golongan dewasa akhir?
a. 55 tahun ke atas
b. 65 tahun ke atas

21. Pesakit Alzheimer memerlukan pemerhatian 24 jam.
a. Betul
b. Salah

Monday, February 26, 2007

PENYAKIT DI KALANGAN ORANG DEWASA AKHIR

Penyakit di Kalangan Orang Dewasa Akhir
Antara penyakit yang sering dihidapi oleh orang tua ialah penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis, kataraks dan angin ahmar ( stroke ). Golongan dewasa akhir berjumpa dengan doktor lebih jika dibandingkan dengan golongan yang lebih muda. Kos perubatan mereka juga tinggi kerana kebanyakkan keuzuran yang didapati oleh mereka bersifat jangka panjang seperti kanser, sakit jantung dan kencing manis.

Antara penyakit yang seringkali dikaitkan dengan golongan dewasa akhir ialah penyakit Alzheimer. Penyakit Alzheimer merupakan sejenis penyakit otak yang secara perlahan menyebabkan individu tersebut hilang keintelektualannya, memori, kesedaran dan kebolehan untuk mengawal fungsi badan. Dalam tahap akhir boleh menyebabkan paralisis dan masalah pernafasan ( pneumonia ) serta tingkahlaku seperti kebudak-budakkan. Simptomnya yang paling jelas adalah apabila kehilangan memori terutamanya mengenai perkara yang baru berlaku, senang marah, tidak dapat duduk diam dan gagal membuat keputusan yang mudah. Terdapat pelbagai hipotesis tentang sebab terjadinya penyakit Alzheimer. Antaranya adalah disebabkan oleh pengumpulan Amyloid Protein yang terhasil daripada APP yang seterusnya membawa kerosakkan kepada bahagian otak yang lain. Individu yang mengalami penyakit ini memerlukan pemerhatian 24 jam. Selalunya mereka ditempatkan ke Pusat Penjagaan yang dikhaskan untuk penyakit Alzheimer. Keadaan ini adalah kerana mereka sendiri tidak dapat mengenal ahli keluarga masing-masing dan tidak boleh makan tanpa pertolongan.

TEORI-TEORI PROSES PENUAAN


Terdapat 3 teori utama yang menerangkan sebab berlakunya proses penuaan. Teori-teori berikut ialah seperti berikut :

1. Teori Genetik
Teori ini menyarankan bahawa proses penuaan wujud oleh kerana kerosakkan atau perubahan dalam maklumat genetik yamg terlibat dalam proses pembuatan protein sel. Contohnya, Teori Ralat Penuaan ( Theory Error ) menyarankan bahawa proses penuaan disebabkan oleh pengumpulan ralat yang terlibat dalam pemindahan maklumat dari molekul DNA kepada hasil protein.

2. Teori Sel Bukan Genetik
Teori ini menyarankan bahawa perubahan yang terbentuk dalam protein sel selepas ia dibina. Perubahan tersebut menyebabkan sesetengah daripada sel mati disebabkan peningkatan usia. Contohnya, Teori Perlucutan ( Deprivation Theory ) mengatakan bahawa penuaan disebabkan oleh perubahan vaskular yang kekurangan zat dan oksigen.

3. Teori Fisiologi
Teori ini menyarankan bahawa proses penuaan disebabkan oleh ketidakfungsian sistem organ atau kerosakkan dalam mekanisme kawalan fisiologi. Contohnya, Teori Stres ( Stress Theory ) menyatakan bahawa disebabkan oleh pengumpualn stres dalam sepanjang zaman kehidupannya. Di mana setiap stres dikatakan meninggalkan kesan dan lama-kelamaannya apabila terkumpul akan meninggalkan kesan negatif dalam sistem badan.

Sunday, February 25, 2007

FAKTOR MEMPENGARUHI PROSES PENUAAN


Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Proses Penuaan

Berikut ialah faktor yang mempengaruhi proses penuaan iaitu :

1. Persekitaran

2. Keturunan

3. Tekanan

4. Amalan pemakanan

Monday, February 12, 2007

Dewasa Akhir






Perkembangan Golongan Dewasa Akhir

Pengenalan

Manusia akan dikategorikan sebagai golongan dewasa akhir apabila mencapai umur 65 tahun ke atas.

Generotologinya :

Pengajian ini tentang orang tua dan proses penuaan.

Golongan dewasa akhir terbahagi kepada dua kumpulan iaitu :

65-74 tahun ialah muda tua.

75 tahun ke atas ialah tua-tua.

Ini adalah golongan Dewasa Akhir yang terdiri daripada individu yang pelbagai daripada aspek biologi, psikologi, dan sosiologi.

Golongan primitif mengkategorikan orang tua berdasarkan keupayaan secara fizikal dan mental, bukan berdasarkan kepada umur kronologi.

Senescence

Senescence merupakan nama yang diberikan kepada proses penuaan.

Proses normal yang melibatkan proses perubahan badan yang seiringan dengan proses penuaan.

Proses ini bergantung kepada kadar proses penuaan individu yang mempengaruhi sesetengah bahagian badan seperti :

1. rupa, deria, gigi, suara dan kulit

2. kemahiran psikomotor dan kebolehan intelektual

3. tulang dan sendi, struktur otot, sistem saraf, sistem pencernaan, pernafasan jantung dan seksualiti

PERKEMBANGAN PSIKOLOGI DEWASA PERTENGAHAN

Perkembangan Psikologi Dewasa Pertengahan

Tugas perkembangan iaitu generativiti dengan penyerapan kendiri.

Tahap yang ke-7 iaitu teori ERIK ERIKSON.

Perasaan ambil berat oleh golongan dewasa pertengahan untuk mengiktiraf memberikan panduan dan mempengaruhi generasi yang seterusnya.

Jika gagal mencapai gerativiti, individu tersebut akan lebih berminat untuk menjaga kepentingan diri sendiri iaitu penyerapan kendiri.

PERKEMBANGAN KOGNITIF DEWASA PERTENGAHAN

Perkembangan Kognitif Dewasa Pertengahan

Kepintaran Cecair ( fluid intelligence )

Merupakan kebolehan untuk menyelesaikan masalah yang memerlukan sedikit pengetahuan atau tanpa memerlukan pengetahuan.

Melibatkan perhubungan membina konsep dan membuat inferansi .

Bergantung kepada status neurologi.

Kefungsian kognitif di kemuncak semasa dewasa awal dan mula merosot apabila berada dalam dewasa pertengahan.

Kepintaran Kristal ( crystalized intelligence )

Kebolehan untuk mengingat dan menggunakan maklumat yang didapati sepanjang kehidupan.

Diukur oleh ujian perbendaharaan kata, pengetahuan am dan respon kepada situasi sosial serta dilema.

Kefungsian kognitif ini bergantung kepada pendidikan dan pengalaman dalam sesuatu budaya.

Kebolehan ini meningkat apabila umur meningkat terutama dalam umur dewasa pertengahan.

DEWASA PERTENGAHAN


Dewasa Pertengahan

Manusia dikategorikan sebagai dewasa pertengahan apabila mereka telah memasuki tingkat umur 40 sehingga 65 tahun.

Pada peringkat ini mereka akan mengalami pelbagai perubahan yang disebabkan oleh beberapa proses seperti :

*Proses Penuaan

*Pembinaan Genetik

*Tingkah Laku Dan Cara Hidup

Mereka akan mengalami beberapa kemerosotan yang dapat dilihat daripada cara hidup mereka seperti :

* Sesori

Presbyopia ialah rabun jauh yang berkaitan dengan penuaan disebabkan oleh kanta mata yang kurang elastik.

Myobia ialah rabun dekat.

Pre bycusis ialah kehilangan pendengaran secara perlahan-lahan terutamanya selepas umur 55 tahun untuk bunyi yang berfrekuensi tinggi.

*Kemahiran Motor

*Daya Ketahanan badan-sebab metabolisme yang lebih perlahan

*Kehilangan Kepada Tulang-osteoporosis

*Menopause

Kebanyakkan wanita akan mengalami proses ini dalam tingkat umur 51 tahun dan kebiasaannya pada umur 42-58 tahun.

Proses ini akan menyebabkan seseorang wanita itu akan berhenti menerima kedatangan haid
dan menyebabkan mereka kehilangan upaya untuk melahirkan anak.

Ia akan menyebabkan kekurangan hormon estrogen.

*Andropause

Tahap hormon testosterone yang berkurangan secara perlahan-lahan.

Kewujudannya tidak sejelas menopause.

Ia akan menunjukkan ciri-ciri dari segi kekuatan tenaga. Mereka akan menjadi cepat letih dan mengalami
perubahan sikap mereka.

Mereka masih boleh mengurniakan anak tetapi kesuburannya telah menurun.





























KURSUS : SKPM 1023 PEMRTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN MANUSIA

NAMA PENSYARAH : CIK JAMIAH Hj. MANAP


Nama Kumpulan : Dewasa Pertengahan Dan Dewasa Akhir

Nama Ahli :

Noor Farah Binti Shamsudin A 112 914

Ong Sey Lee A 111 888

Azlan Bin Hj Abdul Rahim A 112 489

Ahmad Zulfairie Bin Ismail A 11 2 599