Monday, February 26, 2007

PENYAKIT DI KALANGAN ORANG DEWASA AKHIR

Penyakit di Kalangan Orang Dewasa Akhir
Antara penyakit yang sering dihidapi oleh orang tua ialah penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis, kataraks dan angin ahmar ( stroke ). Golongan dewasa akhir berjumpa dengan doktor lebih jika dibandingkan dengan golongan yang lebih muda. Kos perubatan mereka juga tinggi kerana kebanyakkan keuzuran yang didapati oleh mereka bersifat jangka panjang seperti kanser, sakit jantung dan kencing manis.

Antara penyakit yang seringkali dikaitkan dengan golongan dewasa akhir ialah penyakit Alzheimer. Penyakit Alzheimer merupakan sejenis penyakit otak yang secara perlahan menyebabkan individu tersebut hilang keintelektualannya, memori, kesedaran dan kebolehan untuk mengawal fungsi badan. Dalam tahap akhir boleh menyebabkan paralisis dan masalah pernafasan ( pneumonia ) serta tingkahlaku seperti kebudak-budakkan. Simptomnya yang paling jelas adalah apabila kehilangan memori terutamanya mengenai perkara yang baru berlaku, senang marah, tidak dapat duduk diam dan gagal membuat keputusan yang mudah. Terdapat pelbagai hipotesis tentang sebab terjadinya penyakit Alzheimer. Antaranya adalah disebabkan oleh pengumpulan Amyloid Protein yang terhasil daripada APP yang seterusnya membawa kerosakkan kepada bahagian otak yang lain. Individu yang mengalami penyakit ini memerlukan pemerhatian 24 jam. Selalunya mereka ditempatkan ke Pusat Penjagaan yang dikhaskan untuk penyakit Alzheimer. Keadaan ini adalah kerana mereka sendiri tidak dapat mengenal ahli keluarga masing-masing dan tidak boleh makan tanpa pertolongan.

No comments: