Monday, February 12, 2007

PERKEMBANGAN KOGNITIF DEWASA PERTENGAHAN

Perkembangan Kognitif Dewasa Pertengahan

Kepintaran Cecair ( fluid intelligence )

Merupakan kebolehan untuk menyelesaikan masalah yang memerlukan sedikit pengetahuan atau tanpa memerlukan pengetahuan.

Melibatkan perhubungan membina konsep dan membuat inferansi .

Bergantung kepada status neurologi.

Kefungsian kognitif di kemuncak semasa dewasa awal dan mula merosot apabila berada dalam dewasa pertengahan.

Kepintaran Kristal ( crystalized intelligence )

Kebolehan untuk mengingat dan menggunakan maklumat yang didapati sepanjang kehidupan.

Diukur oleh ujian perbendaharaan kata, pengetahuan am dan respon kepada situasi sosial serta dilema.

Kefungsian kognitif ini bergantung kepada pendidikan dan pengalaman dalam sesuatu budaya.

Kebolehan ini meningkat apabila umur meningkat terutama dalam umur dewasa pertengahan.

No comments: